Ayuh beramai-ramai kita ke 'PC Carnival Campus Youth' !

Monday, September 12, 2011




'PC Carnival Campus Youth'  telah selamat dirasmikan PM Dr Mohamad Shanuddin Zakaria sebentar tadi di aras atas bangunan Pusanika, UKM Bangi.

'PC Carnival Campus Youth' ini diadakan bermula hari ini, 13 - 15 September 2011 di bangunan Pusanika dengan lebih 20 buah syarikat komputer dan barangan ICT telah mengambil bahagian dalam karnival ini. 




Respon daripada pengunjung yang rata-rata daripada mahasiswa dan kakitangan UKM yang hadir gembira dengan pelbagai pilihan aksesori komputer, kamera digital dan telefon bimbit yang ditawarkan.

Untuk makluman, karnival ini diadakan sebagai salah satu program bersempenan Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 yang bakal diadakan pada minggu hadapan bermula 22 - 27 September di Dataran Gemilang, UKM Bangi.



Turut diadakan sesi pengambilan Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS) UKM yang telah bermula 9 - 18 September 2011 di Aras 5. Untuk maklumat lanjut berkenaan SUKSIS boleh hubungi 03-89213957.


Ayuh beramai-ramai kita ke 'PC Carnival Campus Youth' !

0 comments:

Post a Comment

 
MPMUKM 2010-2011 © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets